Thursday, September 16

UNDILAH FAREED EDDISON BIN SOLIMIN (FACEBOOK : ADY KALOY) CALON AJK CABANG P170 TUARAN




Saya dengan penuh rasa rendah diri, menawarkan diri untuk bertanding dan merebut tempat dalam kepimpinan AJK Cabang P170 Tuaran pada pemilihan parti PKR kali ini.

Misi dan visi utama saya adalah seperti berikut:

1. Saya berjanji akan menjadi MATA dan TELINGA kepada setiap tindak tanduk PKR Cabang Tuaran.

2. Saya berjanji akan menentang segala amalan KRONISME dan NEPOTISME dalam Cabang Tuaran.

3. Saya berjanji akan mempastikan amalan POLITIK WANG tidak mendapat tempat dlm kepimpinan PKR Cabang Tuaran.

4. Saya berjanji TIDAK AKAN MEMBIARKAN amalan PERKAUMAN dan KEAGAMAAN bertapak dalam PKR Cabang Tuaran.

5. Saya berjanji akan bersikap TIDAK BERAT SEBELAH dan boleh bekerjasama dengan semua pihak, dan akan menyokong penuh apa-apa keputusan yg bakal diputuskan oleh pucuk Pimpinan Tertinggi Parti.

6. Saya berjanji akan menentang habis-habisan sebarang penyalahgunaan kuasa dan AGENDA PERIBADI dalam kepimpinan Cabang Tuaran.

7. Saya berjanji akan terus menggiatkan usaha MENAMBAH KEAHLIAN seperti yang telah berjaya saya lakukan sejak saya mula menjadi ahli PKR Tuaran pada bulan Mac 2010 yg lalu, walaupun sebenarnya saya sudah menjadi ahli PKR sejak 2008 lagi di Pasir Gudang, Johor. Setakat nota ini ditulis, tidak kurang 230 ahli baru telah saya rekrut secara peribadi dan borang-borang keahlian mereka telahpun saya serahkan kpd pihak atasan untuk diproses.

8. Saya berjanji akan terus memberikan PENERANGAN kepada setiap pengundi di Tuaran, tidak kira penyokong pembangkang atau kerajaan, tentang betapa perlunya kita bersepadu dan bersatu hati untuk menumbangkan Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional kali ini.




P/s: Saya berpendidikan Advance Diploma (Diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia sbg Degree) dalam bidang Logistics and Transport, di Chartered Institute of Logistics & Transport, CILT,uk Malaysian Association of Productivity, PTP, Johor DT.

Saya juga pemegang Diploma in Tourism and Hotel Management dari Stamford College, Kota Kinabalu.


Salam Ikhlas dan Reformasi,
FAREED EDDISON BIN SOLIMIN @ ADY KALOY
CALON AJK CABANG P170 TUARAN


Sesi Forum Formation of Malaysia 63' di Promenade Hotel, Kota Kinabalu.











Menghadiri sesi bantahan aman projek Tambatuon Dam di Kota Belud, Sabah.























































UNDIO NOH FAREED EDDISON BIN

SOLIMIN @ ADY KALOY


"LAWAN TATAP LAWAN!!!!"


No comments:

Post a Comment